Followers

Sinopsis Cerita Meniti Hari Yang Belum Pasti

SINOPSIS Novel yang direka oleh KAMI [ ayina & nabiel ] .
Thanks to Ayna Kerna Sanggup menjadi penulis untuk cerita ini.
Cacat cela cerita ini kami memohon maaf!
Kami harap, anda dapat memberi sebarang komen dan pandangan untuk meningkatkan lagi
kualiti cerita ini.

Terima Kasih dan Selamat Membaca

______________________________________________________________________


Segalanya berubah selepas kematian ayah. Raffiq bingung kenapa hidupnya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dia keliru akan sebab semua orang memarahinya, namun, kebingungannya tetap tidak dapat dijawab. Saat terpenting iaitu tatkala dirinya bakal menghadapi peperiksaan SPM, ibunya pula meninggal dunia. Dirinya yang sudah pun buntu semakin patah hati. Namun, dia cekalkan jiwanya kerana dia tahu bahawa ibu dan ayah mahu dia melakukan yang termampu! Juga Berjaya untuk Daryl, adiknya.

Teman wanita ibarat tidak wujud dalam kamus hidupnya. Nama Erina hanyalah sebagai nama. Tidak pernah berada di sisinya dan menyokongnya seperti rakan chatnya, Erika. Dia tertanya² sendiri kenapa dia tidak sanggup melepaskan Erina. Adakah takut diejek rakan kerana meninggalkan gadis yang begitu cantik?. Adakah kerana dia sebenarnya sangat sayang akan Erina?. Dia bingung. Biarlah masa yang menentukan hubungannya. Kepalanya yang sudah pun kusut perihal keluarga ditambah lagi dengan kekusutan yang dicipta oleh Erina. Meminta itu ini. Raffiq rimas!!

Mama dan papanya tidak pernah cuba memberikan kasih sayang kepada Raffiq. Mereka mengatakan bahawa Raffiq menjauhkan diri daripada mereka walaupun hakikatnya mereka yang berada terlalu jauh untuk dicapai Raffiq. Raffiq sudah letih menagih kasih daripada keluarganya. Terdapat rahsia hidup raffiq yang tiada siapa pun yang tahu melainkan keluarganya dan keluarga angkatnya. Sikap Erika yang selamba dan happy go lucky memikat hati Raffiq. Erina sudah hilang entah ke mana.

Berkat usahanya, akhirnya, raffiq berjaya menjadi seorang juruterbang. Mulai saat itu. Keluarganya mula datang dan berbaik² dengannya. Adakah sebab duitnya?. Sebab menyesal? Yang penting.. Raffiq masih lagi berdendam dengan mereka. Namun, atas desakan dan pujukan rayu isterinya.. dia memaafkan mereka dan bercadang untuk memulakan hidup baru. Sampailah saat ulang tahun pernikahan kakaknya yang ke 4. Danisha ingin mengambil anak Raffiq untuk dijadikan anak angkat. Namun Raffiq membantah keras! Takut perkara lama berulang kembali.

Apakah rahsia yang disimpan keluarganya?. Bagaimanakah kesudahan hidup raffiq yang penuh dengan ‘badluck’ itu? Bagaimanakah kesudahan hubungan dia dan Erina?. Erika?. Semuanya akan terungkai.. hanya dengan membaca..

2 comments:



Nainaa said...

besarla sikit nama i.
hahahaha..

no problem dearest!!
your very much welcome!

Happy Bday again!
haha..

yeah. it'll bcome a story xlama lg!
i hope kita dpt!

Nainaa said...

SAYANG!!

ni sinopsis la!!..
bukan bab 1.
bab 1 i daa post.
nanti i bg kat u.

wait for it.
wahahah!