Followers

Tribute of TUN DR MAHATHIR MOHAMAD..




Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20hb. Disember, 1925
bersamaan 4 Jamadilakhir 1344, di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak,
Alor Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa
Inggeris, dikenali dengan panggilan "Master", juga adalah Guru Besar pertama
Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul
Hamid. Antara murid-murid ayahnya termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.

Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik (lima lelaki dan tiga
perempuan) Ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan
dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan
pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan
Mohamad Saman' (Wan Mohamad Saman Canal atau Sungai Korok).

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan
kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star di mana beliau tamat
pelajaran menengah di peringkat Senior Cambridge. Pada tahun 1948, beliau
melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun
1953.

Setelah lulus, Dr. Mahathir bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar
Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau dilantik menjadi pegawai perubatan dan
pernah bertugas di Hospital Besar Alor Star, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada
tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya
sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik, mula-mula di Jalan Tunku Ibrahim dan
kemudian berpindah ke Pekan Melayu, Alor Star. Ini merupakan klinik anak Melayu
yang pertama di Alor Star.

Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau bergerak
cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah
dan akhirnya dalam UMNO. Sewaktu di Universiti Malaya, Singapura beliau bersama
dengan beberapa orang pelajar Melayu yang sedar telah mengemukakan satu
memorandum menentang cadangan undang-undang kerakyatan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Perhubungan Kaum mengikut arahan British.

Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dalam pilihanraya umum sebagai
calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1964. Dengan
kemenangannya dalam pilihanraya itu, beliau menjadi seorang 'back bencher' yang
aktif dalam mengemukakan berbagai pendapat dan syor untuk pertimbangan Kerajaan.
Bagi menghadapi propaganda Regim Sukarno terhadap Malaysia, beliau telah
mengetuai rombongan Malaysia ke Persidangan Afro-Asian Peoples Solidarity
Organisation di Ghana dan juga ke Persidangan World Assembly of Youth di
Amherst, Amerika Syarikat. Pada masa itu sudah ternampak kecenderungannya
terhadap satu dasar luar yang lebih bebas dan imaginatif supaya dapat menjamin
keselamatan Malaysia serta penerimaannya oleh negara-negara lain.

Dalam pilihanraya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu, Dr. Mahathir
tewas di tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana
perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah
menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang
Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO
pada 7hb. Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam
pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket
Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu,
dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.

Perlantikan ini mengiktiraf minat Dr. Mahathir yang mendalam dalam bidang
pengetahuan dan pendidikan. Pada tahun 1966 lagi beliau telah dilantik sebagai
Pengerusi yang pertama Majlis Pelancaran Tinggi yang baru ditubuh.
Pada tahun 1972 beliau menjadi Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga
pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Sebagai Menteri
Pelajaran, beliau telah membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan
lagi perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di
pusat-pusat pengajian tinggi. Dr. Mahathir pada kemudian hari berusaha
menubuhkan Universiti ke 6, dikenali dengan Universiti Utara Malaysia.

Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak pada awal tahun
1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru telah
melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. Ketika dilantik ke
jawatan itu, Dr. Mahathir merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO. Beliau
mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pelajaran. Dalam rombakan Kabinet pada
1hb. Januari, 1978, beliau berubah "portfolio" dari Kementerian Pelajaran kepada
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir memenangi jawatan Timbalan
Presiden UMNO tanpa bertanding dan dalam Perhimpunan Agung UMNO Jun 1981 menjadi
Presiden, juga tanpa bertanding. Berikutan dengan keputusan Tun Hussein Onn
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir secara
otomatis menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Dalam pilihanraya umum 1982, Barisan Nasional di bawah pimpinan Dr. Mahathir
telah mencapai kemenangan yang besar dengan memperolehi 132 daripada 154 jumlah
kerusi Parlimen dan menguasai semua Kerajaan Negeri. Kepimpinan baru yang serba
dinamis dan mempunyai visi untuk masa hadapan rakyat dan negara, telah
mempesonakan rakyat untuk sama-sama mengembalikan Kerajaan Narisan Nasional.

Slogan pilihanraya "Bersih, Cekap dan Amanah" adalah satu janji ke arah
pentadbiran yang lebih baik untuk semua rakyat.
Sebagai seorang tokoh politik, Dr. Mahathir telah berjaya membawa
perubahan-perubahan yang besar dalam pentadbiran negara dalam masa yang singkat.
Kakitangan dan pegawal-pegawai Kerajaan dikehendaki mengamalkan nilai-nilai
murni agar dapat menguruskan pentadbiran secara lebih dedikasi dan penuh jujur
untuk mendatangkan hasil-hasil yang bermanfaat kepada rakyat. Di sini juga
terletak peranan Kepimpinan Melalui Teladan di mana pemimpin-pemimpin politik,
pegawai-pegawai Kerajaan dan lain-lain dikehendaki menunjukkan contoh-contoh
yang baik dalam menjalankan tugas.

Dalam memajukan negara, beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.
Pelaksanaannya telah mengejutkan banyak negara- negara Barat sehingga ada yang
terpaksa mengkaji semula dasar mereka terhadap Malaysia dan menyesuaikan
tindakan mereka dengan arah baru itu. Dasar ini meminta rakyat kembali kepada
nilai-nilai yang positif dalam masyarakat timur khasnya Jepun yang telah
mencapai kemajuan yang pesat hasil dari etika kerja rakyatnya yang baik,
pengurusan ekonomi yang berkesan dan penguasaan teknologi moden. Namun begitu,
dasar ini bukan bererti menerima segala unsur- unsur yang negatif dalam
kebudayaan masyarakat itu atau menolak nilai-nilai tempatan yang sesuai.

Sebagai seorang yang mempunyai visi, Dr. Mahathir percaya bahawa dengan
sumber-sumbernya yang kaya Malaysia boleh dijadikan sebuah ekonomi yang moden
dan setanding dengan negara- negara lain ke arah itu beliau telah melancarkan
konsep Persyarikatan Malaysia dan penswastaan yang merupakan ciri-ciri
perlaksanaan Dasar Pandang ke Timur. Melalui konsep ini, syarikat swasta digalak
mengembangkan perusahaan masing-masing bagi membawa keuntungan yang besar kepada
negara dan faedah-faedahnya tersebar kepada rakyat.

Tidak berpuas hati dengan kejayaan-kejayaan sehingga ini, Dr. Mahathir memberi
tumpuan khusus kepada perkembangan industri berat, dengan penubuhan HICOM dan
lain-lain usaha. Lawatan- lawatannya ke luar negeri di samping menarik pelaburan
asing ke negara ini, adalah juga sebagai langkah untuk mempelajari teknik dan
teknologi negara-negara maju untuk dibawa ke Malaysia. Dengan usaha-usaha gigih
dan panduan dari beliau, Malaysia telah dapat menghasilkan kereta nasionalnya
sendiri 'Proton Saga', satu kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan
membuka lambaran baru dalam bidang industri kita.

la membuktikan cita-cita pemindahan teknologi ke negara-negara yang sedang
membangun bukan suatu yang mustahil. Demi memesatkan perkembangan ekonomi
negara, Dr. Mahathir juga memberi perhatian kepada bidang perniagaan, industri
perkhidmatan dan pelancongan, di samping meningkatkan usaha-usaha pertanian
secara moden seperti pelancaran estet-estet padi untuk mendapat hasil yang lebih
lumayan. Dari segi pembangunan fizikal, beliau berusaha memoden dan
memperindahkan bandar-bandar, memperbaiki sistem perhubungan seperti pembinaan
lebuhraya dan sebagainya.

Dr. Mahathir bukan sekadar taksub kepada bentuk fizikal atau material sahaja.
Beliau juga telah berusaha dengan berbagai cara bagi meningkatkan syiar Islam di
negara ini. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan dan
perlaksanaan projek-projek pembangunan merupakan langkah-langkah baru bertujuan
memasukkan unsur-unsur agama dalam kerja-kerja seharian. Usaha-usaha lain
termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi
kewangan bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat
insuran yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam telah mula
dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan langkah-langkah
besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, malah menjadi
contoh kepada negara-negara Islam yang lain dalam menghadapi tuntutan- tuntutan
hidup zaman moden.

Dalam parti, Dr. Mahathir sering mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mengekalkan
perpaduan. Kepentingan parti harus melebihi kepentingan seseorang dalam mengejar
kedudukan atau pangkat, kerana tidaklah berguna lagi seseorang itu menjadi ketua
sebuah parti yang sudah hancur. Beliau memberi peluang yang seluas-luasnya
kepada tokoh-tokoh muda untuk meningkat maju dalam parti agar suatu hari dapat
memimpin negara dengan baik. Tetapi tidak pula membelakangkan orang-orang lama
yang masih mampu berkhidmat. Beliau adalah seorang lama dalam parti. Sebagai
Presiden UMNO, beliau memberi perhatian khusus kepada pembinaan Kompleks
Bangunan UMNO yang dapat dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO dan seluruh orang
Melayu.

Kerana mementingkan perpaduan rakyat, Dr. Mahathir sentiasa berusaha ke arah
integrasi nasional melalui lawatan-lawatannya ke Sabah dan Sarawak dan lain-lain
tindakan, agar semua rakyat merasa mereka hidup dalam satu negara, dengan satu
pemerintahan.

1 comments:



சதீசு குமார் said...

//ni merupakan klinik anak Melayu
yang pertama di Alor Star.//

Dia bukan melayula bro.. Mamak dari kerala, selatan India.