Followers

Second Lyrics By Myself

KINI TIADA LAGI



Dulu engkau ku kenali

Suatu kenangan terindah

Yang merawat kesepian


Tapi kini

Kau telah berubah

Di saat ku memerlukan dirimu

Disamping diriku


Engkau pergi tanpa berita

Menghilangkan diri

Dan terus leka dengan arus dunia

Sehingga lupa siapa aku sebenarnya


Dimanakah letak janji kita selama ini

Untuk terus bersama

Pada setiap keadaan dan waktu

Onak dan duri dilalui bersama.


Kini kau tiada lagi

Ku hanya berharap semoga kau kembali

Ke sisi ku lagi bersama harapan baru

Kerana ku menanti dirimu disini


Kerana dirimu terlalu berharga

Hanya doa mampu aku

Berikan kepadamu

Semoga kau bahagia disana.

1 comments:



Nainaa said...

^^
sweet giler!
i like!

cari song arranger lagu cepat!