Followers

Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Kesan Perhimpunan HARAM BERSIH !

helloo...!
org rancak duk bercerita tentang perhimpunan haram bersih nih.
macam2 cerita, macam2 spekulasi timbul.

dalam akhbar2 pembangkang, ada perserta yang mati akibat terkena gas pemedih mata lah,
ada yang kene sumbat dalam trak polis lah, ada yang itu, ada yang ini..
semua tak kena..semua salah.

Bila dah peserta mati, ada yang cedera, masing2 nak salahkan polis, nak salahkan pihak berkuasa, nak salahkan pihak2 kerajaan.
Bagi saya, mereka tuh bertugas utk negara mereka cintai..utk menjamin keselamatan negara.
Yang duk join bersih tu, mereka sebahagian perosak negara, perosak harta benda awam, perosak imej malaysia.

Bila polis buat semburan pemedih mata, halau dengan pelbagai cara, korang nak kata polis itu kejam?
adakah polis tu sesuka hati nak pegi tangkap org, sumbat dalam trak, pukul orang mahupun sembur gas pemedih mata tuh? tentu sekali tidak kan?
So sapa yang mencari pasal ? Korang masuk dalam ke kandang harimau, so banyak kemungkinan korang kene "ngap" dgn harimau tu...kalo korang tak masuk kandang, kurang sgt kemungkinan harimau tu nak keluar dan "ngap" korang..betul tak?

polis, pengawai keselamatan,semua dibayar elaun tau tak?
dorang bekerja dapat duit..korang pegi perhimpunan tu dapat ape?
dapat letih? dapat sakit ? dan dapat dosa ?

apa2 pon, saya mendoakan malaysia akan terus aman dan damai !
katakan tidak pada perosak agama,bangsa dan negara !

Perjuangan Yang Belum Selesai


Ilham Idola Aku - Tun Dr Mahathir

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

( bridge )
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

( ending )
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"