Followers

Meniti Hari Yang Belum Pasti [ CHAPTER 1 ]

“ Hai sayang! “ Erina datang dari belakang meletakkan tangannya di atas bahu teman lelakinya, Raffiq. Raffiq senyum dan memegang kembali tangan Erina. Hanya Tuhan saja yang tau betapa dia sayang akan Erina. Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta Raffiq. Hadiah harijadinya yang ke-17 daripada ibu. Kereta MyVi SE berwarna hitam idamannya. Seperti lazimnya, dia akan menghantar Erina pulang. Tapi, sebelum pulang, mereka akan ke mall dahulu. Jalan².

Hubungan dia bersama Erina sudah mencecah 2 tahun. Entah mengapa, dia merasakan bahawa Erina tak sayangkan dia. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk menepis perasaan itu. Masakan Erina akan kekal bersamanya seandainya benar dia tidak lagi sayang kepadanya. Dia termenung lama.

“Fiq, anything wrong?” teguran suara lembut Erina mencairkan hatinya. Mungkin sifat Erina yang manja itulah yang Berjaya memikat hatinya. Raffiq menggeleng. Dia senyum dan masukkan gear untuk berundur dan bergerak ke One Utama, menemani sayangnya shopping.

“Rin, I tak dapat belanja you sangat. I tengah pokai. Ni kan mid-month. Susahla sikit nak mintak duit from ayah.” Alasan Raffiq tidak diterima Erina. Dia menarik muncungnya. Raffiq mengerti. Jika dia menjuihkan bibirnya, bermakna dia merajuk. Kadang² karenah Erina yang terlalu manja itu membuat Raffiq naik meluat. Bukan apa.. manja xbertempat. Dia juga ada had kesabarannya. Tapi, kerana terlalu sayang, dia mendiamkan diri.

Dua jam teman Erina berjalan, Raffiq terduduk lesu di sofa rumahnya. Dia hairan kenapa dirinya seperti dipukau tatkala bersama Erina. Dia memandang jam dinding. Dia teringat akan janjinya dengan Erika. Cepat² dia naik ke atas dan membuka laptopnya. 5 minit menunggu laptopnya load.

‘lembab betul lah!’ hati Raffiq merungut sendiri. Dia menyabarkan dirinya. Akhirnya, YM keluar juga di depan mukanya. Dia mencari nama Erika di friendlistnya. Offline? Smalam, dia jugak yang suruh aku on pukul 3. Dia meraup mukanya perlahan. Letih. Dia membuka aircond di dalam biliknya. Panasnya masih terasa walaupun aircond tu dah berada di tahap yang paling sejuk. Dia akhirnya membuka baju sekolahnya. Tidak berbaju dan berpeluh.

Tunggu punya tunggu, akhirnya Erika online! Hatinya berbunga riang. Entah mengapa. Tapi dia gembira saat Erika berada di sampingnya. Erika seorang yang caring. Mukanya juga cukup comel berbanding dengan Erina yang comel berlandaskan make up yang tebalnya 10 inci. Meskipun tak pernah berjumpa di luar, cukup hanya dengan bersembang melalui telefon, dan chatting, dia tahu bahawa Erika itu budak baik. Erika sering kali menolak pelawaannya untuk keluar bersama. Erika mengatakan bahawa dia hormat kepada orang yang sudah mempunyai girlfriend. Dia kadang² suka sendiri dengan jawapan innocent Erika.

IM daripada Erika membuatkan Raffiq senyum sendiri. ‘comel betol!’

Ery : hi Fiq, sorry sangat lambat harini, tolong mummy angkut benda tadi.

Raffiq pantas membalas.

FiQ_bOy : xpelah Er, haha. Lgpn, i pon baru balik.

Erika menarik nafas lega. Nasib baik Raffiq tak marahkannya.

Ery : yer eh?. Haha. Harini, balik lambat. Pengetua bad mood. abis tahan orang xbagi balik. Haha. Klaka tol.

FiQ_bOy : kenapa?.

Ery : sebab masa dia bagi ucapan tadi, orang bersorak. Dia terasa hati kot. Haha. Entahla dia. Fiq xmo mandi lg?

FiQ_bOy : xmo larh. Lgpon, dam blik daa ade aircond. So. Xbpeluh dah.

Ery : owh. Eeee. Haha. Er xmandi lagi. Panas la. Tadi, masa balik, mummy suh g turun kat mini market jap beli benda. Tu yang lambat online tu. Sorry eh fiq?

Raffiq senyum lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Perkataan ‘sorry’ tak pernah lengkang dari bibir Erika. Perkataan itu ibarat perkataan “saya”. Digunakan setiap hari, tanpa mengira dia bersalah atau tak. Lucu.

FiQ_bOy : xpelah. Haha. Dah brapa kali I kate, jgn sebut sorry lagi dah.

Ery : sorry.

FiQ_bOy : …

“adik!!” suara Akeem kuat memanggil adiknya Erika. Erika pantas berlari keluar daripada biliknya. Pergi tolong abangnya.

FiQ_bOy : marah ke?
… : herlow?
… : Er?..

Raffiq bingung. Aku ada salah cakap ke?.dia tunggu Erika membalas. Tapi akhirnya, Erika terus offline. Raffiq cuba menelefon HP Erika. tak dapat. Dia mengambil tuala dan melangkah laju ke bilik air. Dalam bilik air, dia masih lagi berfikir. Tak pernah pernah Erika buat begitu kepadanya. Hairan. Raffiq duduk termenung dalam bilik air ½ jam. ½ jam lagi mandi. ½ + ½ = 1 jam.

**Fiq, sorry. Abang Er panggil tadi. Then mummy guna td laptop. Sorry sangat.. ehm. Kita chat mlm ni kay?. Er ada keje sikit. Bye!

[Erika]

Message yang dihantar Erika itu membuatkan Raffiq menarik lafas lega. Dia ingatkan Erika marahkan dia. Nasib baik… dia cepat² sauk baju kesayangannya. Ada date dengan Erina!. Malam ini anniversary mereka. Hati raffiq berbunga riang. Dia pakai habis hensem untuk buah hati. Dia bersiul dan bernyanyi gembira.

[ continue to chapter 2 ]

0 comments: