Followers

Meniti Hari Yang Belum Pasti [ CHAPTER 4 ]

Raffiq terduduk lesu. Jiwanya panas!! Erina cancel date mereka lagi. Dia kata kawan ada hal. Kawan lagi penting daripada boyfriend. Sedang dia melayan perasaan sakit hati dia, Daryl menghampiri. Daryl dah boleh agak. Mesti Erina tak show up kat date diorang.

“abang, awak sukakan Erika kan?” soalan Daryl yang ditanya secara tiba² itu mengejutkan Raffiq. Daryl masih lagi menunggu jawapan daripada abangnya. Dia senyum kerana sudah mengetahui jawapan Raffiq. Mesti dia kata dia sayang kan Erina tak boleh tinggalkan Erina. Daryl menggelengkan kepalanya perlahan.

“apa dia yang awak merepek ni?. Saya dengan Erina kan…” Daryl memotong kata² abangnya sebelum sempat Raffiq menghabiskan kata²nya.

“Erina Erina. Takde orang lain ke bang? Yang abang balik awal ni pehal? Dia cancel date pulak kan??” Daryl tak teragak² untuk Tanya abangnya. Erina memang selalu macam tu. Ikut sedap dia je nak cancel date tu. Padahal dia jugak yang ajak keluar!

“Dah? Daryl nak sape lagi?.” Soalan itu membuatkan Daryl senyum. Ada seorang ni yang dia suka sangat kalu abang dia together with. Dia senyum. Semakin lebar dan lebar. Raffiq cemas. Mesti si Daryl ni tengah fikir benda yang pelik².

“woih. Asal senyum gitu?” Raffiq menepuk bahu Daryl. Daryl yang sedang termenung itu terduduk kedepan sikit. Raffiq menunggu ucapan seterusnya daripada mulut Daryl. Daryl senyum lagi. Penuh makna.

“abang, awak sukakan Erika tak?” sekali lagi Daryl menanyakan soalan yang sama. Raffiq merenung Daryl dalam. Dia menarik nafas panjang. Dia memahami renungan mata Daryl. Nak bagi ceramah pasal Erina la tu!

“Daryl, tolong jangan start dengan falsasah cinta awak tu boleh tak?” Raffiq merayu perlahan kepada adiknya. Daryl senyum lagi. Kemudian dia tergelak besar.

“saya Tanya jer. Tapi, awak memang sukakan dia kan?” Raffiq mengeluh bosan. Daryl ketawa lagi.

“impossible. Saya kan sukakan..” Daryl mendengus tajam. Erina lagi. Dia menggelengkan kepalanya.

“tau tau. Erina. Eh.. abang, awak ni memang buta ke buat buta?. Tgk, dah brapa kali dia cancel date awak, entah entah main kayu tiga empat lima belakang awak. Awak tak tahu!” Daryl finally melepaskan geramnya. Dia merenung tajam abangnya.

“Daryl, tido lah!” Raffiq mati kata, akhirnya menyuruh adiknya tidur. Senang, habis isu.!

“Abang, mabuk ke?. Esok kan Sunday. Tido apenya?. Baru pukul 8.” Sah tak betul abang aku nih. Raffiq menepuk kepalanya. Dia cepat² bangun! Perlahan menaiki tangga. Menuju kearah laptopnya. Apa lagi, nak chatting dengan Erika la~.

“haa~ nak pegi mana tuh? Chat ngn Erika la tuh?” Daryl dapat menangkap kecemasan air muka abangnya. Tak habis² ngan laptop tercinta. Daryl menggelengkan kepalanya lagi. Matanya mengekori langkah abangnya. Raffiq senyum sumbeng. Paham jiwa betul adik aku nih!

Raffiq mencari laptopnya saat dirinya tiba di dalam bilik. Mana pulak?

“Erika, sorry³. Tak ingat.. promise nak on kul 7. Ni kul 8.30 tak on lagi. Harap dia tunggu!” Raffiq membebel seorang diri sambil membuka laptop. Saat dia online, nama Erika tiada di senarai orang online. Hampa.

Erika, mana u?.. aduii..

[Offline message :]
Fiq, sorry sangat malam ni tak boleh online. Abang ajak keluar, shopping untuk mummy. Mummy demam. Nanti maybe kul 1 baru balik. Er nak hantar message, tapi hp Er takder kredit. Sorry ek?

“abang! Jom keluar!” muka Daryl muncul disebalik pintu. Budak ni macam tau je yang erika tak online. Raffiq merenung adiknya tajam. Daryl hairan. Apa yang aku buat? Abangnya menggosok kepala Daryl.

“awak ni kan, jomlah!” Raffiq mencapai kunci kereta MyVi SE kesayangannya dan menarik Daryl untuk keluar. Banyak yang dibual mereka. Lebih² lagi isu Erina dan Erika. Raffiq hairan. Mana Daryl kenal Erika? Cara dia bercakap seakan dia mengenali Erika.

Lagu yang diutarakan di radio diperlahankan Raffiq kerana Haickal menelefonnya.

Bro! aku Nampak Erina la babe.! Dia ada dengan Zack! Siap pengang tangan semua. Aku rasa, diorang ada something la!” suara Haickal cemas memberitahu rakannya. Raffiq cemas namun cuba act cool.

“kat mana?” dia cuba mengawal suara dan he is trying to not lose his head. Haickal memberitahu lokasi mereka. Raffiq menarik nafas dan memandang Daryl yang bingung kerana masih lagi tidak faham dengan situasi itu.

“daryl, kalau saya break dengan Erina awak akan suka tak?” Soalan yang tidak dijangka Daryl itu keluar daripada mulut Raffiq akhirnya! Sudah 1 tahun dia menunggu saat soalan itu akan keluar daripada mulut Raffiq. Tanpa melengahkan masa lagi, dia menganggukkan kepalanya! Raffiq ketawa melihat reaksi adiknya. Pantas Daryl turut sama tergelak.

“kenapa abang kata macam tu??” Daryl bertanya kepada abangnya dengan nada suara yang sangat excited! Raffiq mengangkat bahunya.

“entah. Just tergerak hati. Lagipun, saya dah bosan. Dia anggap saya macam sampah.” Suara Raffiq penuh dengan kebencian. Tapi Daryl tak percaya. Keluhan dan kebencian Raffiq dianggap hanyalah buat sementara. Kejap lagi tak break. Ni first time Daryl dengar Raffiq kata dia nak break dengan Erina, slalunya dia slalu dengar Raffiq kata yang Erina nak break dengan dia. Perlahan dia mengeluh.

“Alhamdulillah ya allah! Amin ya rabbilalamin!” Daryl tiba² mengucap syukur membuatkan Raffiq hairan. Raffiq mengangkat keningnya. Daryl memahami isyarat mata abangnya tanda tidak memahami, cepat dia mengjelaskan maksud sebenarnya.

“terima kasih ya allah kerana telah membuka mata Raffiq bin Nasir. Alhamdulillah!” Daryl ketawa terkekek selepas selesai dia berdoa kesyukuran. Raffiq hanya menggelengkan kepalanya. Mereka berdua ketawa besar di dalam kereta.

Seketika kemudian, mereka sampai di tempat yang dijanjikan bersama Haickal sebentar tadi. Mereka jalan bertiga. Mereka cuba mencari Erina tapi gagal. Mereka bertiga hampa. Lebih² lagi Daryl. Sekarang, sudah tiada sebab untuk Raffiq dan Erina break up.

Erika sedang membaca message di hpnya.

hai Er, I ada kat OU ni, u ada kat mane? I tau u takde kreditkan? So xpayah reply. FiQ

“Adui!! Buta ke?” Raffiq menjerit kesakitan. Bahunya dilanggar seseorang. Habis benda yang dibelinya bertaburan. Gadis itu menolongnya mengutip kembali barang²nya. Sepatah thank you pun tidak diucap Raffiq. Dia hanya merenung gadis itu tajam. Macam pernah jumpa!

“Erika! kenapa ni?” suara Akeem cemas menghampiri adiknya. Erika hanya menggelengkan kepalanya. Erika tak berpaling kearah Raffiq, jadi dia tak tahu bahawa itu Raffiq. Raffiq mendengar nama Erika dipanggil, dia merenung dalam muka gadis ditepinya. Berkerut keningnya berfikir.

“Apasal kau tengok kat adik aku gitu?” Akeem menegur perbuatan Raffiq yang dianggap tidak sopan kerana merenung perempuan sebegitu rupa. Erika bangun dipimpin abangnya.

“Raffiq, kau buat pe lagi kat situ??” suara Haickal kuat memanggil rakannya. Dia dan Daryl sudah 2km ke hadapan, mereka mencari Raffiq. Rupa²nya Raffiq masih lagi lembab di belakang.

Erika terdengar nama Raffiq dipanggil. Dia berpaling ke arah belakang. Raffiq masih lagi tidak melepaskan renungan terhadap Erika. Kini, Erika dan Raffiq masing² berpaling merenung each other. Mereka buntu, patutkah mereka senyum atau terus berjalan dan berpura² tidak nampak? Raffiq semakin menghampiri Erika. Erika pula masih lagi merenung Raffiq menuju ke arahnya.

0 comments: