Followers

Meniti Hari Yang Belum Pasti [ CHAPTER 5 ]

“Rin, aku dah try. Tapi.. Raffiq kata, dia dah patah hati.” Angela berlari kearah kawannya memberitahu berita itu. Sejak Raffiq memutuskan hubungan mereka setelah mendapati Erina curang, Erina menjadi separuh gila. Baru dia tahu yang Raffiq itu betul² bermakna kepadanya dan bukan sekadar teman untuk dikeringkan duit poket.

Erina yang sudah bingung tidak mendengar kata² kawannya itu. Dia hanya duduk di sana membatukan diri. Sebentar kemudian, mutiara jernih menitis daripada matanya. Angela dan Daphane hanya mempu melihat. Tidak terdaya untuk mengulas apa². Lagipun, memang salah Erina. Lelaki yang yang begitu baik dan yang dapat bertahan dengan perangai gila dan angin Erina cukup untuk membuatkan angela dan daphane kagum. Mereka sendiri sebagai rakan baik xtahan dengan angin Erina.

“Dia tinggalkan aku sebabkan Erika tu kan?? Betulkan??” Erina menjerit separuh mati. Angela dan Daphane mati cara untuk menyuruh rakan mereka itu bersabar. Nasib baik dalam bilik Erina hanya dipenuhi dengan anak² patung.. kerana Erina mencari anak patung miliknya yang kebanyakkannya di hadiahi Raffiq untuk dibalingkan kearah dinding.

“Rin, dia Nampak kau dengan Zack malam tu.” Mata Erina membulat selepas mendengar apa yang dikatakan Daphane. Daphane dan Angela mengangguk.

“Dah banyak kali dia dengar pasal kau keluar ngan mamat lain masa kau cancel date kau ngan dia. Tapi dia buat buat tak kisah. Then malam kau ada kat OU tu, dia pergi jalan ngan Daryl. Nampak kau.” Angela menyambung bagi pihak Daphane. Erina buntu. Jadi memang salah dia.

“korang kene tolong aku! Aku tak boleh hidup takde Raffiq. Guys, tolong la aku.” Erina merayu dengan air mata penuh di pipi, habis make up nya cair. Sekali lagi Daphane dan Angela bingung. Patutkah mereka bagitahu Erina?

“Rin, currently, Raffiq tengah date ngan Erika, tapi diorang takde relationship lagi.” Angela yang membuka mulut direnung tajam Erina. Air mata Erina disapu geram. Erina bangun, Dia mengambil kunci keretanya dan berpaling kepada dua orang rakannya.

“Korang nak ikut ke tak?” suara Erina tajam bertanya. Mereka berdua hanya mengangguk. Ikut jerlah Erina time angin dia tak betul nih, karang mengamuk ibu singa, mati anak² singa! Angela dan Daphane diam dalam kereta. Erina memandu dengan tahap kelajuan yang teramat. Nak terkencing mereka berdua di dalam kereta ketakutan!

“Rin, kita nak pergi mana?” Daphane yang berada di depan bertanya dengan suara yang agak perlahan. Dia Nampak Erina senyum sinis.

You’ll see.” Erina ketawa. Mengilai bak orang hilang akal. Daphane dan Angela terus terdiam. Mereka tahu yang Erina tak boleh dimain anginnya. Sampai di hadapan rumah Raffiq, Erina brek mengejut. Menjerit Daphane dan Angela. Erina terus keluar daripada kereta. Membuka pagar rumah Raffiq ibarat itu rumahnya sendiri.

“assalamualaikum..” Erina memberi salam. Berharap agar Daryl atau Azizun berada di rumah. 10 minit dia memanggil, hampa. Tiada orang di rumah. Seketika kemudian, bunyi kereta menghampiri rumah itu. Kereta tersebut milik Raffiq. Raffiq agak tekejut melihat Erina. Erina senyum lagi. Dia nampak Erika di dalam kereta itu bersama dengan Azizun dan Daryl. Tanpa segan silu, dia memeluk lengan Raffiq. Raffiq cuba melepaskan diri.

“hei, mak I ada kat dalam.” Raffiq memarahi Erina. Erina hanya senyum dan melambai ke arah Azizun. Azizun hanya senyum manakala Erika tunduk diam di dalam kereta. Dia tahu ini semua berpunca daripadanya.

“balik la Erina! You’re not welcomed here. Balik!” Raffiq member isyarat mata kepada Daphane dan Angela untuk mengambil Erina dan bawanya pulang. Erina meronta minta dilepaskan. Akhirnya Raffiq sendiri yang menarik Erina. Namun, Erina lebih pantas. Dia Berjaya melepaskan diri daripada genggaman Raffiq dan menuju ke arah Erika di dalam kereta. Dia menarik Erika keluar dengan menarik rambut Erika dan ingin menampar gadis tersebut. Sebelum tangannya sempat dihayunkan kearah pipi Erika, Raffiq terlebih dahulu memegang tangan tersebut.

“Aku kata balik! Kau tak geti ke??” Erina tersentak. Pertama kali Raffiq mengguna “kau dan aku” dengannya. Daphane dan Angela juga kaget. Perlahan air mata Erina menitis, dengan sendirinya dia menuju ke arah keretanya diikuti 2 orang rakannya.

“Fiq, sorry, Er tak patut dating rumah Fiq. Mesti Erina ingatkan Fiq break ngan dia sebabkan Er kan?” Erika memohon maaf perlahan. Sebentar kemudian Erika sesak nafas. Raffiq dan Daryl panik. Cepat Raffiq mengundur semula kereta yang baru saja mahu dimatikan enjinnya sesudah berada di garaj.

“Erika, awak kenapa?? Abang, cepatla bawak kreta!!” Daryl menjerit kuat. Risau akan rakannya. Daryl dan Erika daripada kelas yang sama sejak mereka tingkatan 1 lagi. Daryl sudah lama mengenali Erika dan mengetahui kisah hidup Erika. Cuma Raffiq sahaja yang tidak mengenali Erika walaupun Erika sering datang ke rumah untuk mengulang kaji bersama Daryl.

Daryl yang memberi Erika ID abangnya agar abangnya terhibur sedikit kerana pada waktu itu, abangnya dihujani pelbagai masalah. Bermula sejak ayah meninggal hinggakan masalah di antara keluarga betul dan keluarga angkat Raffiq.

Raffiq, Daryl dan Azizun cemas menunggu di luar bilik kecemasan.

“Daryl, macam mana Erika?” Akeem datang berlari ke arah Daryl. Daryl mengangkat bahu.

“tak tahu la bang, tadi dia balik umah Daryl, masa dalam kereta dia sesak nafas.” Daryl sedih mengenagkan penyakit rakannya itu. Akeem cuba mencari orang yang bertanggungjawab membawa adiknya ke hospital.

“kau?. Kau mamat yang nak cakap dengan adik aku malam kat OU tu kan?” Akeem menegur Raffiq kasar. Dia tidak menyukai cara Raffiq merenung Erika malam Erika tersilap langgar Raffiq itu. Raffiq hanya mengangguk.

“Raffiq.” Raffiq memperkenalkan dirinya. Dia mneghulurkan tangannya untuk menyalami Akeem. Akeem menyambut.

“Akeem.” Mereka berdua terduduk sekali. Menunggu saat doktor keluar daripada wad kecemasan. Raffiq teringat akan perkara yang berlaku pada malam itu.

Can I talk to your sister for a moment?” Raffiq meminta kebenaran daripada Akeem. Erika merenung Akeem meminta kebenaran. Akeem membenarkan.

“abang tunggu adik dekat speedy sana. Cepat!” Akeem member pesanan. Erika mengangguk. Erika dan Raffiq jalan beriringan. Baru sahaja Raffiq mahu buka mulut, Erika ternampak Daryl. Dia member isyarat mata kepada Daryl meminta tolong supaya Daryl dapat membantunya. Daryl memahami syarat tersebut dan melangkah laju kearah abangnya. Dia mengetahui bahawa Erika tidak mahu berjumpa dengan Raffiq. Erika mempunyai penyakit voice box dia pecah masa dia kecil jadi suaranya seakan ada tak ada. Erika tidak mahu Raffiq mengetahui perkara tersebut kerana takut Raffiq akan menjauhkan diri daripadanya. Dia tahu bahawa Raffiq tidak akan berkawan dengan orang yang "cacat". Daryl cepat menarik Raffiq pergi.

“Daryl, saya nak cakap dengan Erika lah!” Daryl berpura² tidak dengar dan terusan manarik Raffiq. Akeem yang perasan akan semua itu tahu adiknya frust. Tapi adiknya tidak boleh terlalu happy atau sedih. Penyakit jantungnya akan menyerang bila². Dia memeluk adiknya sambil mengusap kepala Erika. Erika senyum manis ke arah Akeem. Nampak kedua-dua belah lesung pipitnya.

“siapa family member Erika?” suara doktor itu mengejutkan Raffiq yang sedang termenung. Akeem cepat bangun dan melangkah ke arah doktor tersebut. Penjelasan doktor tersebut membuatkan Akeem hilang kata. Penyakit jantung Erika semakin kronik. Dia memerlukan heart transplant. Namun, mereka menunggu sejak 5 tahun lepas. Tiada jantung yang sesuai untuknya. Ditambahnya lagi dengan penyakit Anaemia Erika. Ini mempercepatkan ketidakfungsian jantungnya.

Raffiq terdiam memikirkan semua itu. Daryl tunduk saat abangnya merenung tajam ke arahnya. Daryl tahu rupa²nya. Raffiq cuba menenangkan Akeem yang sedang bingung dan menjerit kearah doktor itu. Dia memahami perasaan yang melanda diri Akeem. Raffiq teringin untuk membuat Erika happy. Doktor menganggarkan Erika dapat bertahan selama beberapa bulan saja lagi.

0 comments: