Followers

Meniti Hari Yang Belum Pasti [ CHAPTER 6 ]

Raffiq mengajak Akeem keluar setelah Erika selamat sampai di rumah. Erika terpaksa bertahan dengan keadaan di dalam hospital selama seminggu. Makan lagi ubat²an yang paling dibencinya.

“Erika is not my real sister actually. I mean, she is, but different mum. so kiranya, dia adik tiri I la.” Akeem menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya. Raffiq merenung kosong air di hadapannya. Akeem tidak tahu sama ada dia patut teruskan kisah Erika. Isyarat mata daripada Raffiq membuatkan Akeem menyambung ceritanya.

To tell you the truth.. Our family dulu memang pecah belah. I anak nombor 2. I ada abang sorang, Darren. when i was around 2 years old, Daddy kahwin lain. That time, daddy hilang ingatan sebab dia accident masa dia pergi Jakarta ngan kawan² office dia. Coincidencenya, IC daddy habis hilang masa accident and his friends all died from the accident. So, after a few years tu, kitorang jumpa daddy. Tapi he was married to mama masa tu. Mama tu dia punya doktor masa dia hilang hilang ingatan kat Jakarta. She is a malaysian, stayed there for charity work. My mum pulak kena stroke a few days after daddy came back. However, she did recover from that stroke and now she is very healthy!” Akeem diam lagi. Tidak tahu bagaimana untuk meneruskan cerita tersebut.

“Adik I memang ada lemah jantung daripada kecik lagi. Mama pulak meninggal bila lahirkan Erika, tapi sebabkan Mummy takde anak perempuan, dia anggap yang Erika anak dia although at first she really hated Erika’s mum sebab pecah belahkan family kitorang. Tapi then, mum realized yang tu bukan salah Mama, kan daddy hilang ingatan masa tu? Daddy pulak tak pernah nak sayangkan Erika sebab dia kata sebabkan Erika lah Mama meninggal. So, Erika tak pernah sekali pun dapat kasih sayang daddy I sebab my dad baru meninggal 2 years ago. When Erika was 13.” Akeem berhenti lagi. Ingin melihat reaksi di muka Raffiq. Raffiq menunjukkan reaksi yang tenang. Akeem menyambung ceritanya.

When Erika was 10. The Doctor discovered that she had heart failure, with her anaemia.. But the doctors refused to do a heart transplant. The only reason they gave me was that there were no hearts available and that suites my sister and they expect me to sit there and watch my sister die!!” Akeem menahan amarahnya di hadapan Raffiq. Tidak mahu terlalu terbawa² dengan perasaan marahnya sekarang. Raffiq termenung lagi. Tidak sangka gadis yang secomel itu mempunyai penyakit yang perlu bertarung dengan nyawanya sendiri. Daryl hanya diam. Dia sudah lama mengetahui penyakit yang dihidapi Erika.

2 jam mereka berbual tentang Erika. Raffiq dan Daryl meminta diri untuk pulang. Daryl diam dan Raffiq juga diam dalam perjalan pulang ke rumah.

“Dah lama mana adik tahu pasal Erika?” Raffiq akhirnya membuka mulut. Soalan itu sudah berjam jam berada di dalam kepalanya. Tidak pula dia perasaan bahawa Daryl sentiasa mengulang kaji dengan Erika. Patutlah dia merasakan bahawa muka Erika sangat dikenalinya saat mereka mula chatting.

“Sepanjang saya kenal Erika lah. Ada dalam 2 tahun dah kut.” Daryl menjawab selamba. Raffiq mengerling kearah adiknya. Mereka berdua diam. Tidak mahu membincangkan isu yang bagi Raffiq agak sensitif itu.

“Daryl, will Erika die?” soalan yang ditanya Raffiq membuatkan Daryl berpaling dan memukul abangnya. Raffiq hairan. Salahkah apa yang aku tanya?

“janganla doakan macam tu!! Kejam la sangat!” Daryl mendengus geram. Sesungguhnya dia sangat sayang akan rakan karibnya itu.

“tak doakan la. Tanya jer. Hishh!” giliran Raffiq mendengus. Yerlah! Tak pasal² kena pukul.

“abang, awak sukakan Erika tak?” Daryl bertanya perlahan kepada Raffiq. Raffiq menjeling. Again with the question. Tapi dia memang rasa sayang kepada Erika. Cuma perasaan suka itu.. tidak dapat dirasakan lagi.

“Daryl, ibu ikut uncle Jafaar pergi jalan kat Johor harini. Tau?” Raffiq cuba mengalih topic perbualan mereka. Malas mahu memikirkan perasaan sayang. Dia pernah dikecewakan sekali, tidak mahu dikecewakan lagi.

“Janganlah tukar topik! Geram betul la awak ni. Saya tau. Ibu dah mesej saya. Tapi saya tau, awak memang sukakan Erika. kan? Kalau tak, takkanla lambat bukak laptop sebab nak chat ngan Erika pun kelam kabut gitu. Betulkan betulkan?” Raffiq diam seketika. Kata² Daryl logik di dalam kepalanya. Kepala Raffiq ligat berfikir. Apa aku memang sukakan dia?

“untuk puaskan hati awak, yes, saya memang sayangkan Erika. Tapi suka tu. Saya tak tau la. Sebab Erika was always there whenever saya ada problem. So sayang tu memangla.” Raffiq menjelaskan panjang lebar supaya adiknya memahami.

“abang, awak tau tak yang Erika tu dah lama sukakan awak? Sebab tu saya bagi dia ID YM awak.” Kata² Daryl mengejutkan Raffiq. Erika sukakan aku?

“abang.. Awak ingatkan budak yang tinggal buku dalam laci awak masa awak form 4 dulu? Masa ayah baru meninggal?” Raffiq mengangguk perlahan. Dulu, sewaktu dia di tingkatan 4 ada seorang gadis yang duduk di tempatnya pada kelas petang. Kelas itu digunakan oleh pelajar tingkatan 2. Raffiq pernah terjumpa buku yang tertinggal di dalam laci mejanya. Dia tidak pernah tahu nama gadis itu. Mereka banyak berkongsi cerita melalui buku itu. Raffiq menceritakan kisah keluarganya di dalam buku itu. Kini, buku itu selamat berada di tangan gadis itu. At least, he hopes so.

“awak tau tak budak tu siapa? Awak tau tak kenapa lepas bulan 5 dah tak ada buku tu dalam laci awak? Awak tau tak kenapa dah takde khabar berita daripada budak perempuan tu?” Daryl menanyakan soalan dengan bertalu talu. Namun, soalan² itu hanya menerima gelengan daripada Raffiq.

“budak tu sakit. Pihak sekolah tak nak bagi dia pergi sekolah sebab dia selalu MC. Padahal penyakit dia bukannya berjangkit! Budak perempuan tu masuk wad 2 bulan awak tau? Kena pergi cuci darah. Budak tu.. Erika!” nama Erika ditekan kuat oleh Daryl. Raffiq yang sedang minum air tersedak. Erika?? budak tu Erika? Daryl dapat menangkap yang abangnya kurang percaya dengan ceritanya.

I’m telling you the truth. Yes. Budak tu Erika. terkejutkan? Macam mana 2 orang yang awak paling percaya walaupun tak kenal selama ni ada depan mata awak?? Orang yang tak guna jugak awak sayang. Awak tau tak saya ngan Haickal tengah cari cara nak bagitau awak yang Erina curang belakang awak? Dia slalu cancel date awak sebab dia keluar dengan Zack. Tau tak? Erika yang selama ni ambil berat pasal awak, awak tak perasan pun dia wujud. Kejam! Awak tau dia betul² sayangkan awak??” Selepas sahaja soalan yang terakhir itu keluar daripada Daryl, kereta yang dipandu Raffiq tiba di hadapan pintu tumah mereka. Daryl terus keluar daripada kereta milik abangnya, malas mahu melayan sikap keras kepala abangnya!

Raffiq diam tidak terkata di dalam kereta itu. Dia memikirkan tahap kebenaran kata² adiknya. Tapi Daryl tak pernah tipu. Akhirnya, Raffiq keluar kereta itu dengan 1 keputusan muktamad. I’m gonna make Erika Happy. No matter what it takes! Dia senyum sendiri. Daryl juga senyum melihat abangnya senyum!

yes!!” Daryl menjerit seorang diri. Dia mesej Erika memberitahu berita baik itu.

0 comments: